Tuesday 16 December 2014

Pengenalan

Kelab Sukarelawan Mahasiswa@ptsl (ksm@ptsl) ditubuhkan pada pertengahan tahun 2014. Ksm@ptsl merupakan satu wadah yang memberi ruang kepada para pelajar UKM
untuk mendekati perpustakaan melalui aktiviti kesukarelawanan.

Objektif

1) Memberi peluang kepada mahasiswa terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan anjuran    
     bersama Perpustakaan UKM.

2) Membimbing mahasiswa menjayakan aktiviti kemasyarakatan dalam persekitaran            universiti dan masyarakat setempat.

3) Membudayakan kesukarelawan di kalangan mahasiswa UKM.

4) Memantapkan jaringan kerjasama di antara Perpustakaan dan mahasiswa melalui aktiviti yang dijalankan.


Faedah Keahlian
1) Mendapat pengiktirafan dan penghargaan perpustakaan dan universiti.
  • Sijil penghargaan
  • Hadiah / cenderahati
2) Perkhidmatan khusus / kelayakan istimewa daripada perpustakaan.
  • Maklumat terkini seperti buku baharu
3) Jemputan menghadiri program perpustakaan.
  • Latihan
  • Lawatan dan penandaarasan
4) Meningkatkan kemahiran insaniah.

5) Meningkatkan kemahiran dan kompetensi maklumat.

6) Kemahiran asas menganjurkan aktiviti.

7) Memberi pendedahan awal kepada industri dan kerjaya.

8) Membina jaringan sosial dengan masyarakat.



Siapa yang boleh menjadi ahli?

Pelajar UKM yang berminat dengan aktiviti sukarelawan.