20 Disember 2014
Perpustakaan
Tun Seri Lanang telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Perasmian
Surau Tun Seri Lanang. Program ini telah disertai oleh 70 orang
sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan dan dirasmikan
oleh Ketua Pustakawan UKM, Pn. Hafsah Mohd. Wakil sukarelawan dari pelajar seramai 40 orang telah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Muhammad Sallehudin Khalid. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah, pengubahsuaian surau, mengecat, dan membersih surau.
Selain itu, seramai 20 orang pelajar telah mendaftar sebagai sukarelawan perintis Kelab Sukarelawan Mahasiswa @ptsl. Penyerahan borang telah dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar kepada Pn. Hafsah Mohd.