Sunday, 2 April 2017

BORANG PENDAFTARAN AHLI BARU

Assalamu'alaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, 

Kelab Sukarelawan Mahasiswa menjemput mahasiswa dan mahasiswi UKM yang berminat untuk menjadi sukarelawan PTSL dengan mengisi borang di bawah. Segala aktiviti kelab akan dimaklumkan selepas pendaftaran dilakukan. Mari beramai-ramai menjadi mahasiswa aktif dan produktif! 😊  



NAMA:
NO. MATRIK
ALAMAT:
NO. TEL. BIMBIT:
E-MEL:
FAKULTI:
TAHUN TAMAT PENGAJIAN:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
Saya bersetuju mematuhi syarat dan peraturan seperti yang telah ditetapkan semasa menyertai mana-mana program dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang tempoh pengajian sahaja.
Saya dengan rela hati menawarkan diri untuk sama-sama terlibat dan membantu segala usaha murni ini sebagai sukarelawan Kelab Sukarelawan Mahasiswa@ptsl (KSM@ptsl).

This form powered by Freedback

Tuesday, 16 June 2015

Program Wakaf Al-Quran

Assalamu'alaikum w.b.t

Salam Ramadhan.Esok kita sudah mula berpuasa dan malam ini adalah terawih pertama untuk tahun ini. InsyaAllah..moga kita semua diberi kesempatan.

Sempena bulan penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama merebut pahala berlipat kali ganda. InsyaAllah.

Jom Sertai Program Wakaf Al-Quran!




Marilah Tingkatkan Saham Akhirat Anda.

Apa tunggu lagi!

Hubungi Kami Seperti Yang Tertera di Poster.

Tuesday, 17 March 2015

Borang Permohonan Keahlian dan Soal Selidik

SERTAI KAMI DENGAN MENJADI AHLI

Seramai 20 orang sukarelawan telah mendaftar dan menjadi Kumpulan Perintis. JADI, apa ditunggu lagi? Rebutlah peluang keemasan ini untuk mendapat pengalaman terbaik sepanjang pengajian anda disini.




Untuk penyertaan keahlian, saudara/i boleh mengisi borang DI SINI

Borang Soal Selidik untuk pandangan dan maklumbalas, klik DI SINI.



Borang yang telah diisi boleh dikembalikan kepada Puan Nor Asiah Mohamad di Unit Perkhidmatan Maklumat, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang atau emel ke nor@ukm.edu.my




Monday, 19 January 2015

Gotong-Royong dan Perasmian Surau Tun Seri Lanang

20 Disember 2014


Perpustakaan Tun Seri Lanang telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Perasmian Surau Tun Seri Lanang. Program ini telah disertai oleh 70 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan dan dirasmikan oleh Ketua Pustakawan UKM, Pn. Hafsah Mohd. Wakil sukarelawan dari pelajar seramai 40 orang telah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Muhammad Sallehudin Khalid. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah, pengubahsuaian surau, mengecat, dan membersih surau.

Selain itu, seramai 20 orang pelajar telah mendaftar sebagai sukarelawan perintis Kelab Sukarelawan Mahasiswa @ptsl. Penyerahan borang telah dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar kepada Pn. Hafsah Mohd.

Tuesday, 16 December 2014

Pengenalan

Kelab Sukarelawan Mahasiswa@ptsl (ksm@ptsl) ditubuhkan pada pertengahan tahun 2014. Ksm@ptsl merupakan satu wadah yang memberi ruang kepada para pelajar UKM
untuk mendekati perpustakaan melalui aktiviti kesukarelawanan.

Objektif

1) Memberi peluang kepada mahasiswa terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan anjuran    
     bersama Perpustakaan UKM.

2) Membimbing mahasiswa menjayakan aktiviti kemasyarakatan dalam persekitaran universiti 
    dan masyarakat setempat.


3) Membudayakan kesukarelawan di kalangan mahasiswa UKM.


4) Memantapkan jaringan kerjasama di antara Perpustakaan dan mahasiswa melalui aktiviti 
    yang dijalankan.


Faedah Keahlian
1) Mendapat pengiktirafan dan penghargaan universiti.
  • Kredit dalam penglibatan Universiti
  • Sijil penghargaan
  • Hadiah / cenderahati
2) Perkhidmatan khusus / kelayakan istimewa daripada perpustakaan.
  • Maklumat terkini seperti buku baharu
3) Jemputan menghadiri program perpustakaan.
  • Latihan
  • Lawatan dan penandaarasan
4) Meningkatkan kemahiran insaniah.

5) Meningkatkan kemahiran dan kompetensi maklumat.

6) Kemahiran asas menganjurkan aktiviti.

7) Memberi pendedahan awal kepada industri dan kerjaya.

8) Membina jaringan sosial dengan masyarakat.



Siapa yang boleh menjadi ahli?

Pelajar UKM yang berminat dengan aktiviti sukarelawan.