Tuesday 16 June 2015

Program Wakaf Al-Quran

Assalamu'alaikum w.b.t

Salam Ramadhan.Esok kita sudah mula berpuasa dan malam ini adalah terawih pertama untuk tahun ini. InsyaAllah..moga kita semua diberi kesempatan.

Sempena bulan penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama merebut pahala berlipat kali ganda. InsyaAllah.

Jom Sertai Program Wakaf Al-Quran!




Marilah Tingkatkan Saham Akhirat Anda.

Apa tunggu lagi!

Hubungi Kami Seperti Yang Tertera di Poster.

Tuesday 17 March 2015

Borang Permohonan Keahlian dan Soal Selidik

SERTAI KAMI DENGAN MENJADI AHLI

Seramai 20 orang sukarelawan telah mendaftar dan menjadi Kumpulan Perintis. JADI, apa ditunggu lagi? Rebutlah peluang keemasan ini untuk mendapat pengalaman terbaik sepanjang pengajian anda disini.




Untuk penyertaan keahlian, saudara/i boleh mengisi borang DI SINI

Borang Soal Selidik untuk pandangan dan maklumbalas, klik DI SINI.



Borang yang telah diisi boleh dikembalikan kepada Puan Nor Asiah Mohamad di Unit Perkhidmatan Maklumat, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang atau emel ke nor@ukm.edu.my




Monday 19 January 2015

Gotong-Royong dan Perasmian Surau Tun Seri Lanang

20 Disember 2014


Perpustakaan Tun Seri Lanang telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Perasmian Surau Tun Seri Lanang. Program ini telah disertai oleh 70 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan dan dirasmikan oleh Ketua Pustakawan UKM, Pn. Hafsah Mohd. Wakil sukarelawan dari pelajar seramai 40 orang telah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Muhammad Sallehudin Khalid. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah, pengubahsuaian surau, mengecat, dan membersih surau.

Selain itu, seramai 20 orang pelajar telah mendaftar sebagai sukarelawan perintis Kelab Sukarelawan Mahasiswa @ptsl. Penyerahan borang telah dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar kepada Pn. Hafsah Mohd.