Monday 19 January 2015

Gotong-Royong dan Perasmian Surau Tun Seri Lanang

20 Disember 2014


Perpustakaan Tun Seri Lanang telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Perasmian Surau Tun Seri Lanang. Program ini telah disertai oleh 70 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan dan dirasmikan oleh Ketua Pustakawan UKM, Pn. Hafsah Mohd. Wakil sukarelawan dari pelajar seramai 40 orang telah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Muhammad Sallehudin Khalid. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah, pengubahsuaian surau, mengecat, dan membersih surau.

Selain itu, seramai 20 orang pelajar telah mendaftar sebagai sukarelawan perintis Kelab Sukarelawan Mahasiswa @ptsl. Penyerahan borang telah dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar kepada Pn. Hafsah Mohd.