Monday 21 May 2018

Sukarelawan Surau Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM



Saudara / Saudari ahli ksm@ptsl

JEMPUTAN SUKARELAWAN SURAU TUN SERI LANANG

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP) berbesar hati menjemput warga perpustakaan, ahli-ahli ksm@ptsl dan pelajar UKM yang berminat menjadi Sukarelawan Surau Tun Seri Lanang.

Antara tugas sukarelawan adalah;
  • Mengemas dan menukar kain solat Surau Tun Seri Lanang dan Surau Aras 3, PTSL 
  • Membersih dan mengemas surau mengikut jadual yang ditetapkan
Tugas kesukarelawanan adalah fleksibel mengikut masa sdr / sdri tetapi perlu mengikut jadual mingguan yang disediakan oleh Biro Dakwah dan Kerohanian, KKWP.

Untuk makluman, penglibatan sebagai sukarelawan ini diambil kira sebagai aktiviti khidmat masyarakat sdr sdri dan akan diberi sijil penyertaan. 

Bagi kakitangan dan pelajar yang berminat boleh  membuat pendaftaran segera di url berikut: https://goo.gl/xCWhqC

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Encik Shahruddin Shafri di talian 03-89213939 / 019-3725033

Adalah diharapkan jemputan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga perpustakaan dan pellajar . Atas sokongan dan kerjasama  daripada tuan/puan / sdr /sdri  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment