Wednesday 5 September 2018

Aplikasi GayaSiswa UKM



Melalui inisiatif strategik UKM Apps di bawah Tekad 18 dan Pelan Strategik ICT UKM (2016-2020), satu aplikasi mobil telah dihasilkan untuk pelajar UKM oleh Pusat Teknologi Maklumat UKM (PTM). Aplikasi ini dinamakan GayaSiswa UKM. Fasa I aplikasi ini telah boleh digunakan mulai 31 Ogos 2018.
Fasa 1 menyediakan  aplikasi dalam platform Android  dengan Bahasa Melayu, manakala platform IOS serta dwi-bahasa akan menyusul. Fungsi yang disediakan adalah:
ü  Profil Pelajar – Maklumat asas pelajar
ü  Akademik – Maklumat kursus berdaftar dan jadual kuliah (berdasarkan Sistem Maklumat Pelajar SMP)
ü  Kolej Kediaman bagi pelajar yang tinggal di kolej kediaman
ü  Berita Pelajar – Berita sumber daripada Portal e-Pelajar
ü  Peta UKM – Peta interaktif kampus UKM
ü  Panduan – pelbagai panduan penting untuk pelajar
Untuk fasa seterusnya, aplikas mobil ini akan mempunyai pelbagai  fungsi tambahan yang antaranya merekodkan kehadiran kuliah/aktiviti melalui QR-Code.







No comments:

Post a Comment